PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) Negeri Pulau Pinang

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) Negeri Pulau Pinang
Brotherhood the Foundation of Glory

Sunday, July 25, 2010

MUKHAYYAM TERAS IKRAM

Air terjum di Lata Celak sangat menarik jika berkesempatan dinikmati. Tapi berpeluh juga hendak sampai ke sini.

Kepentingan ukhuwwah amat ditekankan dalam era kemunculan IKRAM sehingga ia menjadi moto kepada IKRAM itu sendiri. Melihat kepada perlunya pemantapan ukhuwwah di kalangan penggerak, maka satu program mukhayyam untuk ahli-ahli teras diadakan pada 9hb hingga 11hb.Julai 2010 di Lata Celak, Baling, Kedah. http://latacelak.blogspot.com/

Tema yang dipilih kali ini ialah “Ukhuwwah Teras Kegemilangan”. Mukhayyam Zon Utara ini disertai oleh penggerak IKRAM dari negeri Perlis , Kedah dan Pulau Pinang. Giliran penganjuran edisi mukhayyam 2010 ini diamanahkan kepada IKRAM Pulau Pinang dan diketuai oleh Ir Hj Jamaluddin Abdullah serta dibantu oleh 11 orang ahli jawatankuasa yang berpengalaman. Kehadiran peserta amat iaitu seramai 90 orang, dengan pecahan peserta sepert berikut; Perlis 9 orang, Kedah 46 orang dan Pulau Pinang : 36 orang
Khemahnya besar amat selesa untuk aktiviti bersama rakan taulan.

Peserta dibahagi kepada 8 pasukan untuk memudahkan pengurusan dan keberkesanan program. Konsep program telah mengambil kira faktor umur peserta yang julatnya diantara 25 hingga 65 tahun. Majoriti peserta berumur melebihi 40 tahun. Oleh itu acaranya berbentuk 20% fizikal sementara 80% pengisian ilmiah dan ruhiyah. Ketua kem yang dilantik kali ini ialah Kapten Johar Shuib. Beliau telah melaksanakan amanah dengan baik.

Dengan kreativiti penganjur, aktiviti fizikal yang diaturkan ialah acara senaman Aqsa asSyarif, Water Cup dan Lata Celak Cup. Aktiviti mandi diraja, meredah sungai berkumpulan, bermain bola empat penjuru menguji bukan sahaja ketahanan fizikal peserta malah kemantapan kerja berkumpulan. Pada malam kedua pula, kreativti dan bakat berlakon peserta terserlah dalam sesi persembahan kumpulan yang menarik. Mukhayyam kali ini tidak lupa menekankan pengisian ruhiyah dengan solat tahajjud, wirid ma’thurat kubra, solat dhuha, tazkirah yang mantap dan solat berjamaah.

Di ruangan dalam khemah.

Pengisian ilmiah pula adalah berkisar mengenai Palestin. Kuliah telah disampaikan dengan baik oleh 5 orang ustaz dengan tajuk-tajuk menarik seperti berikut; Ustaz Abdul Rahim Ramly, Ust Rosli Yusof, Ust Ahmad Fahmi Abu Bakar, Ustaz Wan Abdul Rahman Khudri dan Ustaz Sayuti Ramli. Peserta mendapat banyak pengajaran mengenai sejarah dan asal-usul negara Palestin, penduduk asalnya dan kelebihan tanah suci anbiya’ itu malahan juga kisah kekejaman Zionis dan kuncu-kuncunya untuk menguasai tanah Palestin. Kefahaman peserta diuji dengan sesi kuiz.

Di akhir program, satu sesi istimewa bertajuk “Mavi Marmara: The Real Story” disampaikan oleh aktivis Palestin Malaysia jemputan khas iaitu Ir. Dr. Selamat Aliman. Banyak maklumat dan pengalaman yang disampaikan oleh penceramah dengan tayangan slaid serta video. Footage yang belum pernah disaksikan dan detik-detik cemas di atas kapal yang dikongsikan memuaskan hati peserta.

Pada penghujung program, pasukan yang cemerlang diumumkan dan dihargai dengan hadiah. Mukhayyam diakhiri dengan beberapa nota pesanan penting. Pertama, niat yang ikhlas dan ketulusan pendakwah dari mula sehingga akhir perjuangan amat penting. Kedua, ukhuwwah yang mantap harus dipraktikkan di medan dakwah dan dalam hidup berjamaah. Ketiga, Iman yang kukuh mesti berterusan dalam perjuangan ini.

Rata-rata peserta puas hati dengan program mukhayyam kali ini kerana kehadiran yang memuaskan, pengisian ruhiyah, ukhuwwah amat dirasai dalam acara berkumpulan, pengisian ilmu yang mantap dan hidangan barbeque daging kambing yang enak.

Gambar-gambar mukhyyam dan video mengenai Palestin “Mavi Marmara: The Real Story” disampaikan oleh aktivis Palestin Malaysia jemputan khas iaitu Ir. Dr. Selamat Aliman boleh ditempah melalui IKRAMediapp.com ini.

Loporan :
Ir Hj Jamaluddin Abdullah
Pengarah Mukhayyam

Gambar video air terjun di pintu masuk kawasan perkhemahan.

1 comment:

Peminat IKRAM said...

Seronok juga pergi ke Lata Celak ini. TQ atas infor ini.

Tahniah dari saya.