PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) Negeri Pulau Pinang

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) Negeri Pulau Pinang
Brotherhood the Foundation of Glory

Friday, July 23, 2010

Penyatuan Fikrah

Ahli-ahli IKRAM sentiasa membantu menyedarkan masyarakat seperti Dr Har dan Sdr Shahidan dalam program Anda Bijak Jauhi Zina di Kompleks Bukit Jambul.

Banyak fakta-fakta tambahan tentang IKRAM boleh diperolehi di dalam maya iaitu di alamat http://www.ikram.org.my/ . Semoga dapat digunakan secara terus untuk tindakan atau rujukan kesemua ahli atau rakan IKRAM.

Kadang-kadang bukan kita tidak tahu menggunakannya tetapi kekangan masa dan peluang membuat ianya jatuh keutamaan yang terbawah sekali. Perlu diingatkan matlumat amat penting untuk penerusan dakwah kita. Jika matlumat kita tepat, ianya akan diterima sama walaupun dari sesiapa pun yang memberinya. Ini memudahkan kerana tiada kecelaruan dan jimat masa.

Itulah tujuan lawan web dan blog itu diiujudkan untuk memudahkan dan memberi matlumat kepada semua. Disamping niat berdakwah, mesej yang dihidangkan secara tulisan-tulisan yang santai. Agar pelawat tidak merasa jemu menatapinya.

Semoga penyatuan fikrah dapat dibentuk di dalam perkara-perkara pokok dan percambahan ide dan matlumat dalam perkara-perkara ranting. Agar diakhirnya dapat dijuarai pendangan umum ini dalam satu ummah dan masyarakat yang bermaklumat.
Golongan remaja ini perlukan matlumat yang tepat dan kefahaman yang betul.

Bagi kami, ini suatu medan yang perlu kepantasan dan mesti sentiasa ke hadapan. Satu kenikmatan amat dirasai setelah berpeluang bersama walaupun di dalam maya. Namun perkongsian amal masih amat diharapkan daripada anda semua tidak kira ahli, rakan atau pelawat sekelian.

Teruskan bersama kami.

Ketua Sidang :

Rusli Hashim

1 comment:

ydp ikram pp said...

Assalamu'alaikum. Saya berpendapat program Ikram seharusnya menaungi program JIM, bukan bersama JIM. Sebab JIM di bawah IKRAM & JIM bakal di'kecil'kan peranannya. Contohnya sementara IKRAM belum aktif lagi, Program Hi-Tea JIM bersama Kariah Masjid Kepala Batas dinaungi oleh IKRAM.