PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) Negeri Pulau Pinang

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) Negeri Pulau Pinang
Brotherhood the Foundation of Glory

Friday, October 8, 2010

“Ukur Baju Badan sendiri”.

Semangat sekali memerhati lirik dalam Lagu IKRAM. Aku menitiskan air mata pertama kali mendengar lagu ini di hari Pelancaran IKRAM.

Aku hairan, simpati dan kasihan pula rasanya melihat seorang sahabat itu pulun dengan beberapa usrah. Hampir setiap malam dia tiada di rumah awal. Sedangkan masih ada yang tidak lansung membawa usarah macam aku ini. Namun ada yang mempunyai satu usrah sahaja tetapi lagaknya macam orang yang terlalu sibuk sehingga tiada boleh ditambah-tambahkan lagi dengan kerja-kerja amal yang lain.

Aku pun hairan juga melihat diriku ini sudahlah menjadi YDP JIM SPT, Setiausaha IKRAM SPT, guru silat yang mempunyai kelas-kelas tersendiri. Ini tidak temasuk jawatan dalam organisasi silatku. Tetapi aku masih sanggup menjadi JK Media dan Penerangan IKRAM Negeri pula. Itu pun nasib, dilantik semasa mesyuarat agong kerana masih ada di antara mereka yang mahu tenaga aku yang sedang berkurangan sangat ini.
Bersama penulis lirik Lagu IKRAM. Minta tanda tangan ori dari beliau. Prof Dr Mohammed Hatta Shaharom Timbalan Presiden IKRAM.

Aku semakin sangat hairan melihat sahabat yang seangkatan dengan aku, ada segelintir yang begitu peka dengan istilah “ukur baju badan sendiri”. Kerja-kerja mereka terlalu banyak sehingga hendak menjadi ‘posto’ penghantar surat pun tidak boleh. Entahlah! Apakah gejala yang menimpa kita ini ? Pernah kita katakan IKRAM tidak sama dengan JIM. Mungkin benar kenyataan itu, tetapi tidak sama adakah JIM lebih cemerlang dari IKRAM?

Mari agihkan kerja dan pahala.

Ukhuwah Teras Kegemilangan.

3 comments:

Ahli IKRAM/JIM Penang said...

Pandai cikgu bermain dengan kata-kata tersentuh hati kecil ini.

Orang silat senjata kerisnya tajam. Tapi tulisan cikgu boleh tahan tajam juga.

Maaf jika saya menguris perasaan cikgu pada masa-masa lalu.

Harapan IKRAM kita akan terus maju sebagai jamaah terunggul.

Orang Biasa Dari Perak said...

Anta cakap memang betul, ana pun tersentuh sungguh bila mendengar lagu ikram ini. Senikatanya memang hebat dan memberi gambaran sebenar perjuangan ini. Prof Hatta merupakan seorang sufi yang berpengetahuan luas. Ana lihat anta rapat dengan dia. Jangan-jangan anta juga orang sufi juga.

Anonymous said...

Cikgu memang pandai pencak silat tapi yang saya respect pantai juga sindir dan bermain kata.

Ada rasa terkena batang hidung tapi buat macho je. Teruskan menulis cikgu.