PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) Negeri Pulau Pinang

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) Negeri Pulau Pinang
Brotherhood the Foundation of Glory

Wednesday, December 15, 2010

KEM CUTI SEKOLAH NEGERI PULAU PINANG12

Di hadapan sebahagian para peserta baru tiba ke Surau Al Islah Jalan Kebun Bunga. MAnakala di belakang Zulkarnain sedang memberi taklimat kepada Komando i-RINTIS.

Disember 2010. RINTIS Outdoor Ventures Enterprises suatu ketika dahulu merupakan sebuah syarikat di bawah kelolaan JIM SPT telah didaftarkan semula menjadi i-RINTIS Global. Ianya mendapat kepercayaan dari sekretariat KEM CUTI SEKOLAH NEGERI PULAU PINANG yang bertema ‘Jom Kenali Sahabat’ anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengendalikan progam ‘outdoor’ mendaki Bukit Bendera pada 12 Disember 2010.

Para peserta tidak sabar-sabar ingin melulakan pendakian ke Bukit Bendera.

Bermula dengan taklimat khas untuk lebih kurang 20 orang fasilatator pada 9.30 malam 11 Disember 2010 itu di Sekolah Al-Mashoor (Lelaki) Pulau Pinang telah memberi suatu cabaran baru bagi i-RINTIS mengendalikan lebih 200 orang peserta yang berumur diantara 10 hingga 12 tahun.

Peserta dilepaskan mengikut kumpulan. Dua kumpulan serentak lelaki dan perempuam. Kesemuanya 20 kumpulan.

Pendakian bermula jam 9.50 pagi dengan 2 kumpulan dilepaskan serentak sementara Kumpulan Scout i-RINTIS bersama petugas ‘Check Point’ dan Unit Komandi i-RINTIS telah masuk lebih awal lagi. Peserta perlu melalui 5 ‘Check Point’ dengan tugasan-tugasan tertentu.

Diantara permandangan yang amat menarik di Check Point 3.

Unit Komando telah ditempatkan di dua lokasi penting untuk menerima arahan dari Ketua Pengawai Operasi. Disepanjang program ada beberapa kes kecemasan yang telah berjaya ditanggani oleh unit ini dengan baiknya.

Dua orang peserta terpaksa didukung oleh komando untuk beberapa jarak yang tertentu kerana keletihan dan sakit kaki. Satu kes peserta sesak nafas.

Unit Penghantaran makanan telah menempah 2 buah pacuan 4 roda untuk menghantar makanan ke Check Point 5. Mungkin ada dikalangan anggota i RINTIS tidak mendapat bekalan makanan tersebut namun yang pasti semua peserta dapat menikmati makan tengahari.
Solat berjemaah ditekankan kepada semua yang terlibat diimamkan oleh Tuan Hj Atan.

Setelah 20 kumpulan peserta berlepas, Unit Sweeper i-RINTIS pula menjalankan tugas, mengutip sampah dan saki-baki petanda jalan. Mereka juga akan memastikan tiada yang ketinggalan.
Sujud meyembah yang Esa, bertapa kerdilnya kita ini. Sahabat alam, tanah merupakan asal kejadian kita.
Semua berjaya sampai ke bawah jam 3.50 petang dan sebelum bersurai sempat bersolat di kawasan lapang yang basah dengan beralaskan kain-kain pelikat dan batik. Alhamdulillah, barakallah dan syabas i RINTIS Global dengan kekuatan 30 anggotanya berserta pembantu dari SMA Masriah dan rakan-rakan Mohd Saiful Nizam B Rusli. Semoga Allah SWT ganjari usaha kalian.

5 comments:

mutiara bd said...

wau bestnya panjat bukit bendera..

Ketua Pengawau Operasi Projek said...

Best memang best tapi lepas tuu seminggu sakit kaki.

Tabikle bebudak tuu depa ok aje. Siap turun terus beli ais krim pulak.

Hj Atan said...

utk maintain fitnes elok seminggu sekali atau sebulan sekali naik bkt tok kun..baru power..

hentian said...

muga i-rintis terus komited menjaga diri dan komuniti.

peace!

Anonymous said...

Insan Marhaen ana rasanya telah lama bertapa. Bila nak turun padang nii?

Ibu_suri, Ibu_suri juga masyarakat perlu disantuni juga. Baru seimbang.

Marhalah dakwah; diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini semua diberi perhatian juga.

Maaf jika tersinggung.