
Resolusi PPN Khas 24 Julai 2010 di Dewan Besar Sekolah Menengah Teknik Gombak. Dengan ini, Perhimpunan Nasional Khas Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang berhimpun pada hari ini, Sabtu 24 Julai 2010 bersamaan 12 Syaaban 1431 bersetuju untuk menyokong dan menjayakan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Ini bermakna JIM akan mengambil langkah-langkah berikut:
1. meminta semua ahli-ahli JIM untuk menganggotai IKRAM.
2. JIM dan Wanita JIM meneruskan aktiviti;a) melibatkan pihak luar, seperti gabungan dan usahasama di kalangan NGO (rujuk RJIM 2 U1N), sehingga IKRAM mengambil-alih peranan JIM sekarang dengan baik.
b) Institusi-institusi termasuk sekolah, tadika, MGI (Majlis Guru Islah), PERINTIS, Hidayah Centre, Raudhatus Sakinah, PACE (Palestinian Centre of Excellence), NICE (Nusantara Islah Centre Of Excellence)KIMB, KRJ, DERU, I-Bantu, PAKSI JIM dan Karisma sehingga proses perpindahan dapat dijayakan.
b) Institusi-institusi termasuk sekolah, tadika, MGI (Majlis Guru Islah), PERINTIS, Hidayah Centre, Raudhatus Sakinah, PACE (Palestinian Centre of Excellence), NICE (Nusantara Islah Centre Of Excellence)KIMB, KRJ, DERU, I-Bantu, PAKSI JIM dan Karisma sehingga proses perpindahan dapat dijayakan.
3. mengerakkan aktiviti-aktiviti lain melalui IKRAM termasuka) tarbiah ahlib) aktiviti-aktiviti remajac) aktiviti-aktiviti beliad) aktiviti-aktiviti d institusi pengajian tinggi

4. Status akhir (final status) JIM dicadangkan akan ditentukan oleh JIM di dalam Perhimpunan Perwakilan Nasional 2010. Keputusan ini penting dalam menentukan status institusi dan aset JIM.

Bagi tujuan itu, PPN Khas ini memberi mandat kepada Jawatan Kuasa Pusat JIM untuk menubuhkan satu Jawatan Kuasa Khas untuk mengkaji pilihan sama ada:
a) JIM di kekalkan dengan peranan yang baru, atau
b) JIM dibubarkan
Kajian akan turut merangkumi aspek teknikal dan perundangan.
9 comments:
Semoga bertambah ceria koleksi blog yang ada.
Tahniah dari kami.
Tumpang bangga untuk bersama di dalam NGO baru IKRAM ini.
Agar menjadi NGO yang boleh bersama membangun ummah ini.
Teruskan memberi input-input dan informasi yang bermanfaat.
Syabas IKRAmediapp.com
beratur sambil pegang bahu tu mengingatkan IM masa sekolah rendah dulu...
Salam
Cikgu Rusli dah beri kat IM borang ikram?
Salam
IM dan c.rusli tu belakang dapok aje..
Cikgu kata IM masih belum bersedia masuk IKRAM.
Namun IM banyak membantu membina blog IKRAMediapp.com
TAHNIAH IKRAM PENANG DAH ADA BLOG INTERAKTIF DAN INFORMATIF NI, NAMPAK LAGI ADVANCE DARI WEBSITE IKRAM PUSAT...wslm
Salam. Jzkk Sofee, semoga dapat dimanfaatkan untuk kita bersama.
Tahniah, blog kemaih!
Meh sama2 kita semarakkan tarbiyah, perkasakan dakwah & rrrrapatkan ukuwah,... dgn ayat2 Allah, sunnah & sirah Rasulullah SAW.
Alahu akbar, walillahil hamd.
Post a Comment