PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) Negeri Pulau Pinang

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) Negeri Pulau Pinang
Brotherhood the Foundation of Glory

Saturday, July 31, 2010

Cadangan Jawatan Kuasa IKRAM

Cadangan Jawatan Kuasa dan AJK Negeri Pulau Pinang

1. Pengerusan Sumber Manusia - Dr Abdul Halim
2. Perancangan Ekonomi - Taufek Abd Rahman
3. Pembangunan Institusi - Pejabat YDP
4. Penerangan & Media - Rusli Hashim
5. Perhubungan dalam negeri - Ir Jamaluddin dan Isahak (SU)
6. Perhubungan Antarabangsa - Dr Md Roslan Hashim
7. Dakwah - Mohd Yusni Ghazali (cadangan) Dikendalikan oleh Ikram-TL
8. Pendidikan - Ir Hj Jamaluddin, Utz Ahmad Fahmi
9. Pemuda – Dr Mohd Rizal Arshad, Ust Syazalie
10. Wanita - Dr Wan Nor, Mardiana (cadangan), Nor Azizah Haron (cadangan)
11. Masyarakat Madani - Harryzan Yaakob (cadangan) & Isahak
12. Pembangunan Masyarakat - Pejabat YDP
13. Kebajikan Ahli & Khidmat Masyarakat - Hamizat
14. Tugas-tugas Khas - Dr Abd Hadi Abdul Rahman
video

Monday, July 26, 2010

Tahniah dan terima kasih kepada JIM kerana menyokong IKRAM.

Kami bagi pihak IKRAMediapp.com mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada PPN Khas JIM pada 24 Julai 2010 kerana telah berjaya mengadakan PPN Khas dan hasil resolusinya telah bersetuju untuk menyokong dan menjayakan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM). Kita telitikan resolusi tersebut.

Resolusi PPN Khas 24 Julai 2010 di Dewan Besar Sekolah Menengah Teknik Gombak. Dengan ini, Perhimpunan Nasional Khas Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang berhimpun pada hari ini, Sabtu 24 Julai 2010 bersamaan 12 Syaaban 1431 bersetuju untuk menyokong dan menjayakan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).


Barisan Jawatan Kuasa Pusat JIM

Ini bermakna JIM akan mengambil langkah-langkah berikut:
1. meminta semua ahli-ahli JIM untuk menganggotai IKRAM.
2. JIM dan Wanita JIM meneruskan aktiviti;a) melibatkan pihak luar, seperti gabungan dan usahasama di kalangan NGO (rujuk RJIM 2 U1N), sehingga IKRAM mengambil-alih peranan JIM sekarang dengan baik.
b) Institusi-institusi termasuk sekolah, tadika, MGI (Majlis Guru Islah), PERINTIS, Hidayah Centre, Raudhatus Sakinah, PACE (Palestinian Centre of Excellence), NICE (Nusantara Islah Centre Of Excellence)KIMB, KRJ, DERU, I-Bantu, PAKSI JIM dan Karisma sehingga proses perpindahan dapat dijayakan.

3. mengerakkan aktiviti-aktiviti lain melalui IKRAM termasuka) tarbiah ahlib) aktiviti-aktiviti remajac) aktiviti-aktiviti beliad) aktiviti-aktiviti d institusi pengajian tinggi
Barisan YDP Negeri yang hadir keliahatan 2 dari kiri ialah Hj Mohd Taufek Abd Rahman dari Pulau Pinang.

4. Status akhir (final status) JIM dicadangkan akan ditentukan oleh JIM di dalam Perhimpunan Perwakilan Nasional 2010. Keputusan ini penting dalam menentukan status institusi dan aset JIM.

Picitan ukhuwah di antara para peserta PPN Khas.

Bagi tujuan itu, PPN Khas ini memberi mandat kepada Jawatan Kuasa Pusat JIM untuk menubuhkan satu Jawatan Kuasa Khas untuk mengkaji pilihan sama ada:
a) JIM di kekalkan dengan peranan yang baru, atau
b) JIM dibubarkan
Kajian akan turut merangkumi aspek teknikal dan perundangan.

Sunday, July 25, 2010

MUKHAYYAM TERAS IKRAM

Air terjum di Lata Celak sangat menarik jika berkesempatan dinikmati. Tapi berpeluh juga hendak sampai ke sini.

Kepentingan ukhuwwah amat ditekankan dalam era kemunculan IKRAM sehingga ia menjadi moto kepada IKRAM itu sendiri. Melihat kepada perlunya pemantapan ukhuwwah di kalangan penggerak, maka satu program mukhayyam untuk ahli-ahli teras diadakan pada 9hb hingga 11hb.Julai 2010 di Lata Celak, Baling, Kedah. http://latacelak.blogspot.com/

Tema yang dipilih kali ini ialah “Ukhuwwah Teras Kegemilangan”. Mukhayyam Zon Utara ini disertai oleh penggerak IKRAM dari negeri Perlis , Kedah dan Pulau Pinang. Giliran penganjuran edisi mukhayyam 2010 ini diamanahkan kepada IKRAM Pulau Pinang dan diketuai oleh Ir Hj Jamaluddin Abdullah serta dibantu oleh 11 orang ahli jawatankuasa yang berpengalaman. Kehadiran peserta amat iaitu seramai 90 orang, dengan pecahan peserta sepert berikut; Perlis 9 orang, Kedah 46 orang dan Pulau Pinang : 36 orang
Khemahnya besar amat selesa untuk aktiviti bersama rakan taulan.

Peserta dibahagi kepada 8 pasukan untuk memudahkan pengurusan dan keberkesanan program. Konsep program telah mengambil kira faktor umur peserta yang julatnya diantara 25 hingga 65 tahun. Majoriti peserta berumur melebihi 40 tahun. Oleh itu acaranya berbentuk 20% fizikal sementara 80% pengisian ilmiah dan ruhiyah. Ketua kem yang dilantik kali ini ialah Kapten Johar Shuib. Beliau telah melaksanakan amanah dengan baik.

Dengan kreativiti penganjur, aktiviti fizikal yang diaturkan ialah acara senaman Aqsa asSyarif, Water Cup dan Lata Celak Cup. Aktiviti mandi diraja, meredah sungai berkumpulan, bermain bola empat penjuru menguji bukan sahaja ketahanan fizikal peserta malah kemantapan kerja berkumpulan. Pada malam kedua pula, kreativti dan bakat berlakon peserta terserlah dalam sesi persembahan kumpulan yang menarik. Mukhayyam kali ini tidak lupa menekankan pengisian ruhiyah dengan solat tahajjud, wirid ma’thurat kubra, solat dhuha, tazkirah yang mantap dan solat berjamaah.

Di ruangan dalam khemah.

Pengisian ilmiah pula adalah berkisar mengenai Palestin. Kuliah telah disampaikan dengan baik oleh 5 orang ustaz dengan tajuk-tajuk menarik seperti berikut; Ustaz Abdul Rahim Ramly, Ust Rosli Yusof, Ust Ahmad Fahmi Abu Bakar, Ustaz Wan Abdul Rahman Khudri dan Ustaz Sayuti Ramli. Peserta mendapat banyak pengajaran mengenai sejarah dan asal-usul negara Palestin, penduduk asalnya dan kelebihan tanah suci anbiya’ itu malahan juga kisah kekejaman Zionis dan kuncu-kuncunya untuk menguasai tanah Palestin. Kefahaman peserta diuji dengan sesi kuiz.

Di akhir program, satu sesi istimewa bertajuk “Mavi Marmara: The Real Story” disampaikan oleh aktivis Palestin Malaysia jemputan khas iaitu Ir. Dr. Selamat Aliman. Banyak maklumat dan pengalaman yang disampaikan oleh penceramah dengan tayangan slaid serta video. Footage yang belum pernah disaksikan dan detik-detik cemas di atas kapal yang dikongsikan memuaskan hati peserta.

Pada penghujung program, pasukan yang cemerlang diumumkan dan dihargai dengan hadiah. Mukhayyam diakhiri dengan beberapa nota pesanan penting. Pertama, niat yang ikhlas dan ketulusan pendakwah dari mula sehingga akhir perjuangan amat penting. Kedua, ukhuwwah yang mantap harus dipraktikkan di medan dakwah dan dalam hidup berjamaah. Ketiga, Iman yang kukuh mesti berterusan dalam perjuangan ini.

Rata-rata peserta puas hati dengan program mukhayyam kali ini kerana kehadiran yang memuaskan, pengisian ruhiyah, ukhuwwah amat dirasai dalam acara berkumpulan, pengisian ilmu yang mantap dan hidangan barbeque daging kambing yang enak.

Gambar-gambar mukhyyam dan video mengenai Palestin “Mavi Marmara: The Real Story” disampaikan oleh aktivis Palestin Malaysia jemputan khas iaitu Ir. Dr. Selamat Aliman boleh ditempah melalui IKRAMediapp.com ini.

Loporan :
Ir Hj Jamaluddin Abdullah
Pengarah Mukhayyam

video

Gambar video air terjun di pintu masuk kawasan perkhemahan.

Friday, July 23, 2010

Penyatuan Fikrah

Ahli-ahli IKRAM sentiasa membantu menyedarkan masyarakat seperti Dr Har dan Sdr Shahidan dalam program Anda Bijak Jauhi Zina di Kompleks Bukit Jambul.

Banyak fakta-fakta tambahan tentang IKRAM boleh diperolehi di dalam maya iaitu di alamat http://www.ikram.org.my/ . Semoga dapat digunakan secara terus untuk tindakan atau rujukan kesemua ahli atau rakan IKRAM.

Kadang-kadang bukan kita tidak tahu menggunakannya tetapi kekangan masa dan peluang membuat ianya jatuh keutamaan yang terbawah sekali. Perlu diingatkan matlumat amat penting untuk penerusan dakwah kita. Jika matlumat kita tepat, ianya akan diterima sama walaupun dari sesiapa pun yang memberinya. Ini memudahkan kerana tiada kecelaruan dan jimat masa.

Itulah tujuan lawan web dan blog itu diiujudkan untuk memudahkan dan memberi matlumat kepada semua. Disamping niat berdakwah, mesej yang dihidangkan secara tulisan-tulisan yang santai. Agar pelawat tidak merasa jemu menatapinya.

Semoga penyatuan fikrah dapat dibentuk di dalam perkara-perkara pokok dan percambahan ide dan matlumat dalam perkara-perkara ranting. Agar diakhirnya dapat dijuarai pendangan umum ini dalam satu ummah dan masyarakat yang bermaklumat.
Golongan remaja ini perlukan matlumat yang tepat dan kefahaman yang betul.

Bagi kami, ini suatu medan yang perlu kepantasan dan mesti sentiasa ke hadapan. Satu kenikmatan amat dirasai setelah berpeluang bersama walaupun di dalam maya. Namun perkongsian amal masih amat diharapkan daripada anda semua tidak kira ahli, rakan atau pelawat sekelian.

Teruskan bersama kami.

Ketua Sidang :

Rusli Hashim

Thursday, July 15, 2010

Terima kasih daun keladi.


Salam. Alhamdulillah dan barakallah. Sokongan anda amat diperlukan untuk menjayakan blog ini. Sebarangan bantuan amat diharapkan dan dihargai. Sila hantar hasil tulisan dan gambar kepada kami untuk dimanfaatkan kepada umum. Anda boleh juga membantu dengan mem beri alamt blog ini kepada rakan taulan.

Semoga dengan sumbangan kerdil ini manfaatnya boleh dikongsi bersama. Jawatan Kuasa Media & Penerangan IKRAM Pulau Pinang ingin mengucapkan ribuan terima kasih. Agar mesej risalah ini untuk menerajui pangangan umum menjadi kenyataan.

Monday, July 12, 2010

IKRAM Untuk Semua.


Perutusan YDP IKRAM Pulau Pinang

Assalamu'alaikum wbkth. "Inna akromakum 'indallahi atqokum" Sesungguhnya orang yang paling ikram di antara kamu di sisi Allah ialah orang paling bertaqwa di antara kamu. - Al Hujuraat:15 Alhamdulillah! Setinggi pujian bagi Allah ta'ala kerana pada tanggal 20hb Jun 2010 mengizinkan perlancaran rasmi pertubuhan IKRAM di bumi Malaysia ini.

IKRAM bukan bermula dengan kosong kerana ahli dan tenaga penggeraknya sudah bertahun-tahun melalui tarbiah dan berpengalaman luas di medan bersama masyarakat. IKRAM muncul pada ketika umat dilanda masalah sosial yang kritikal. IKRAM muncul pada ketika rakyat Malaysia dahagakan keadilan malahan ketika mana umat Islam mengalami kekaburan aqidah.
Majlis Penerangan IKRAM di Dewan Seminar Masjid Seberang Jaya. Di hadapan sekali ialah SUN IKRAM PP sdr Isahak Ismail.

Lantas, dengan senario yang gawat ini, adalah menjadi tugas ahli IKRAM menyantuni (engage) masyarakat muslim dan bukan-muslim. Pecahkan tembok kejahilan Islam. Tambat hati mereka, semai aqidah salimah dan bina akhlaq yang ikram. Dalam masa yang sama melahirkan barisan naqib/ah yang bersedia mentarbiah untuk berkembang.

Sebahagian dari rombangan IKRAM PP di hari Perjancaran IKRAM bersama JKP IKRAM pada tanggal 20 Jun 2010 di Malaysia International Exhibition and Convention Centre, Seri Kembangan.
Akhir kalam, saya menyeru IKRAM supaya bergerak di dalam masyarakat atas neraca tarbiah. Tingkatkan kemampuan diri samada ruhiyah, aqal mahu pun jasmani. Kita alu-alukan segenap lapisan masyarakat Islam mendaftar sebagai ahli IKRAM. Semoga Allah memberkati kita.

"IKRAM Untuk Semua".


Ir Hj Jamaluddin Abdullah

Thursday, July 8, 2010

Salam Pengenalan

Nama Lujnah : IKRAMediapp.com
Jawatan Kuasa : Media & Penerangan IKRAM Pulau Pinang

IKRAMediapp.comMotto : “Sentiasa Ke Hadapan”

Objektif :
Menyediakan maklumat kepada ahli dan masyarakat.
Menerajui pandangan masyarakat
.

Bidang Tugas IKRAMediapp.com
Mengendali maklumat secara maya dan digital
Website – www.ikrampp.org.my (dalam perancangan)
Blog - ikramediapp.blogspot.com
Face Book (dalam perancangan)

Menghasilkan dan menerbitkan bahan cetak.
Buletin Bulanan – Buletin IKRAM PP
Risalah Mingguan – Jendela IKRAM PP
Buku-buku


Membantu Pejabat YPD PP mengurus Kenyataan Akhbar IKRAM PP.
Menyimpan bahan-bahan atau maklumat penting berkaitan
Mengendalikan seminar, bengkel & kursus yang berkaitan


Ahli Jawatan Kuasa
Pengerusi : Rusli Hashim
Penolong :
Setiausaha :
Bendahari :
Sidang Editor : hafinah & A MOSINI PG
Juru Kamera : Mohd saiful Nuzam, ahli & sahabat IKRAM yang mempunyai kamera digital


Bukan bidang tugas IKRAMediapp.com
Mengurus & mengendalikan e-group - SUN
Menyediakan liputan semasa. – Tiada fulltimer
Menyediakan alat siaraya untuk IKRAM & sewaan.- Pasukan khas atau petugas semasa.
Menyediakan kenyataan sidang media.
Memberi respon terhadap isu semasa.

Disediakan oleh : Rusli Hashim
Pengerusi IKRAMediapp.com
Tarikh : 28 Jun 2010 12.44 t/h