Semasa kami di masjid tersebut, ramai yang menghulur wang ringgit dan barangan makanan, minuman dan pakaian. Pakaian ada yang terpakai dan tidak kurang yang baru. Kain telekong dan al Quran juga disumbangkan oleh orang ramai. Kutipan ini dilanjutkan sehingga jam 12.30 tengahari. Setelah mengemas dan membersihkan ruangan masjid kami pun bersiap pulang sebentar untuk persiapan solat Jumaat.
Sukarelawan IKRAM ini berkumpul kembali untuk membungkus, mengasingkan dan menulis tanda barangan yang telah diasing-asingkan rapi. Setelah solat Asar Ketua Misi Hamizat Ahmad memberi taklimat. Misi kali ini ialah menyampaikan barangan bantuan ke Sekolah Al Azhar yang berdekatan dengan Jitra, Kedah. Semua barangan bantuan ini akan diurus dan diselenggarakan oleh IKRAM Negeri Kedah. Dengan 2 kereta pancuan 4 roda dan 1 MPV bersama 8 sukarelawan telah tiba ke destinasi jam 10.30 malam, dengan melalui jalan-jalan alternative merentas sawah padi. Alhamdulillah misi ini berjaya dan disambut baik oleh dua orang sahabat IKRAM Kedah yang juga kelihatan keletihan seperti kami juga.
Sebahagian dari sukarelawan yang bersama misi penghataran bekalan bantuan di Sekolah Al Azhar.
Semasa pulang pasukan kami telah mencuba mengikut pekan Ayer Itam. Pada jangkaan kami air banjir sudah sudut. Tetapi tidak, air masih di tahap bahaya. Cuma kenderaan berat yang mampu melaluinya. Oleh kerana kami telah di pertengahan jalan kami cuba meredahnya terus. Air naik di setiap simpang jalan dan tiada boleh berpatah balik. Risaukan kereka MPV Zulkarnain Ahmad yang bukan pacuan 4 roda. Harryzan hanya mampu berdoa dan berzikir di dalam kereta Zulkarnain. Semakin tinggi air semakin kuat beliau berzikir. Beberapa simpang selamat kami redah. Baju Zulkarnain basah terkena rembatan air yang berselisih dengan lori.
Garu kepala juga, perut lapar, barang banyak yang belum diangkat dan esok mesti balik ke Penang. Jika tidur di sini bolehlah rihatkan badan.
Keadaan memang amat gawat kerana air semakin tinggi dan banyak simpang-simpang yang telah dinaiki air. Sesampai tempat yang selamat kami baru tahu exzos pajero patah di tengah terlanggar kayu yang hanyut dan no plat Hilux juga patah kerana meredah air deras di hadapan sekali. Alhamdulillah kereta Zulkarnain tiada mengalami kerosakan fizikal.
Walaupun pihak IKRAM Kedah menyuruh kami bermalam di sana pada mulanya tetapi oleh kerana keesokan harinya ada program Perancangan Strategik IKRAM Pulau Pinang maka kami terpaksa balik bergegas balik pada malam itu juga. Sampai di rumah jam menunjukan dua pagi. Letih sungguh tetapi berbalaoi.
Keadaan air banjir yang masih belum surut.
Allah sahaja yang tahu bertapa cemasnya kami mengharungi arus air banjir ciptaanNya. Semoga dengan sedikit bekalan bantuan ini dapat dimanfaatkan oleh mangsa banjir kelak.
7 comments:
Dengar berita esok Ahad 7 Nov 2010 ada lagi misi membersih dari Penang.
Berkumpul jam 8.00 am di Masjid Seberang Jaya dan jam 7.30 am di rumah YDP IKRAM Ir Hj Jamaluddin Abdullah.
Semoga kalian diberkati dan dimudahkan segala urusan.
Semoga Allah mudahkan segala urusan pakcik-pakcik dan makcik-makcik IKRAM..
tahniah.
sesungguhnya kepuasan dari dalam diri itu lebih bermakna.
tuhan tahu segalanya...
SubhanalLah...moga diberi kekuatan ruh dan jasad untuk terus membantu orang yang memerlukan...
Moga ALLAH merahmati usaha ini...
Sebenarnya apa yang dibuat tidaklah seberapa mana jika dibandingkan dengan mereka yang mengalami dugaan banjir ini.
Cuma sedikit keinsafan untuk membantu mereka dengan kadaran yang tidak berat mana.
Syabas kepada semua sukarelawan yang mambantu sedikit atau banyak. Begitu juga turut menyumbang dan mendoakan.
Berbeza mereka yang membaca, mereka yang menulis, mereka yang mengalami dan mereka yang menghayati.
Semoga tidak menjadi mereka yang hanya suka membezakan.
Jzkk kepada yang sudi memberi komentar. Diharap sahabat-sahabat lain yang menziarahi dapat kiranya memberi komentar antum juga.
Post a Comment