PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) Negeri Pulau Pinang

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) Negeri Pulau Pinang
Brotherhood the Foundation of Glory

Friday, September 10, 2010

Ucapan YDP IKRAM Pulau Pinang Sempena Hari Raya.

Dari kiri; Ust Rozee TYDP IRAM SPT, Hj Taufek YDP JIM PP, Rosli Rashid, Rusli Hashim & Ir Hj Jamaluddin YDP IKRAM PP.
Di kesempatan ini, pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara semua kerana kita telah berjaya melalui satu sesi latihan dalam madrasah ramadan tahun ini.

Kita telah menekan nafsu untuk meninggalkan kepentingan duniawi dan memberi laluan kepada amalan untuk bekalan ukhrawi. Jika diimbau kembali, banyak juga amalan dapat kita lakukan dengan mudah walaupun sebulan sebelumnya ia tidak semudah itu.

Perginya Ramadan tidak bermakna tamatnya aktiviti berpuasa kerana kita sentiasa dianjurkan untuk berpuasa 6 Syawal, setiap Isnin dan Khamis, hari Arafah dan sebagainya.

Saya juga menyeru diri saya dan ahli-ahli IKRAM teruskan solat berjamaah, dekatkan diri dengan al Quran dan terus bersedeqah.

Tahun yang mendatang ini akan menuntut jiwa-jiwa yang ikhlas dan lebih pengorbanan untuk menjayakan visi dan misi IKRAM baik susah atau senang, memetakan IKRAM di persada masyarakat di samping membina saf-saf dalam sistem tarbiah manhaj Rasulullah saw.

Akhir sekali sebagai YDP, saya memohon ampun maaf atas salah silap serta kekurangan diri. Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri.

2 comments:

hajirashid said...

Tahniah! YDP IKRAM PP.. mesej jelas. Dapat video lagi best, try next one. Jzkk Dri HjRashid, Pengrerusi MPN IKRAM Pulau Pinang

hrusli61 said...

Terima kasih kepada YDP IKRAM PP kerana sudi memberi tazkirah. Semoga Allah SWT memberi yang terbaik untuk anta sekeluarga.

Agar dipermudahkan dan dikurniakan kekuatan untuk YDP dan AJK IKRAM semua menjalani tugas dan tanggung-jawab ini.